25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 9, 2024

PM hubungi Ismail Haniyeh nyatakan sokongan kepada Hamas

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DATUK Seri Anwar Ibrahim telah menghubungi pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh semalam dan menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi Malaysia terhadap perjuangan Palestin.

Perdana Menteri berkata, dalam perbualan menerusi telefon tersebut beliau menyokong supaya pemberhentian segera pengeboman dan penubuhan koridor kemanusiaan di Rafah.

“Adalah penting bagi Israel untuk meninggalkan kepatuhan mereka kepada politik perampasan, segera gencatan senjata dengan Hamas dan benar-benar meneruskan penyelesaian damai untuk menamatkan konflik yang berterusan,” katanya menerusi media sosial hari ini.

Perdana Menteri berkata, rejim Zionis perlu mengutamakan kesejahteraan dan keselamatan semua individu yang terjejas oleh krisis tersebut.

Atas semangat tersebut, Anwar berkata, Malaysia komited untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan khususnya dalam bentuk makanan dan ubat-ubatan bagi meringankan penderitaan mangsa perang tersebut.

Advertisements

Semalam, Perdana Menteri menegaskan, Malaysia konsisten mengecam sikap kuasa besar dan negara barat yang membiarkan kekejaman berterusan Israel terhadap rakyat Palestin.

Sehubungan itu, beliau mengarahkan Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan beberapa pemimpin negara untuk menghubungi rakan sejawat dalam kalangan negara Islam dan serantau bagi mencari jalan meredakan tekanan penduduk Palestin khususnya di Gaza.

“(Serangan) itu diteruskan dan disahkan atau dibiarkan oleh kuasa besar pelopor demokrasi, kebebasan, liberalisme barat dan Amerika Syarikat. Itu sangat membingungkan

“Saya dalam dunia politik lama tetapi saya tidak terfikir akan muncul di zaman kini gelagat kelompok manusia sekejam itu,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selangor sah tarik diri Piala Sumbangsih bertemu JDT

SELANGOR FC (SFC) membuat keputusan untuk menarik diri daripada perlawanan Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’azim di Stadium Sultan...

Lagi Artikel Berkaitan