Thursday, June 4, 2026

Aksi Sweden-Belgium ditangguh susulan insiden tembakan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERLAWANAN kelayakan Kejohanan Eropah (Euro) 2024 antara Belgium dan Sweden ditangguh pada separuh masa susulan insiden tembakan yang mengorbankan dua nyawa di Brussels, awal pagi tadi.

Kedua-dua mangsa yang memakai jersi Sweden ditembak mati berhampiran Boulevard d’Ypres sementara seorang lagi mangsa dilaporkan cedera parah.

Penembak tersebut mendakwa dirinya merupakan ahli kumpulan militan ISIS itu bagaimanapun masih belum dapat ditangkap pihak berkuasa.

Sementara itu, dalam aksi dis Stadium King Baudouin, pemain-pemain enggan keluar semula ke padang untuk menyambung aksi separuh masa kedua susulan menerima insiden tembakan tersebut.

Kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada separuh masa pertama dengan Viktor Gyokeres memberikan Sweden pendahuluan pada minit ke-15, sebelum disamakan penyerang AS Roma, Romelu Lukaku pada minit ke-30.

Skuad Belgium dan Sweden masing-masing memaklumkan mengenai situasi tersebut kepada penyokong menerusi aplikasi X.

Menurut Red Devils, “Berikutan insiden di Brussels malam ini, perlawanan ditangguhkan. Kami bersama dengan mereka yang terkesan (dengan insiden tembakan),” katanya.

“Mesej kepada penyokong Sweden di Brussels: Polis Belgium mahu penyokong kekal di dalam arena (stadium) atas faktor keselamatan. Dapatkan maklumat daripada pegawai, penguat kuasa dan kakitangan di sana,” kata Sweden. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan