27.9 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Dua gol Ronaldo bantu Portugal layak ke Euro 2024

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

BINTANG sensasi, Cristiano Ronaldo meledak dua gol bagi membantu skuad bimbingan Roberto Martinez menewaskan Slovakia, 3-2, sekali gus layak ke Kejohanan Eropah (Euro) 2024 di Jerman.

Tiga mata yang diraih menyaksikan Portugal mengekalkan rekod bersih kemenangan 100 peratus dalam dalam tujuh perlawanan kelayakan Kumpulan J dengan hanya baki tiga perlawanan.

Dalam aksi di Estadio do Dragao, Porto menyaksikan percubaan lencong pemain tengah Manchester United, Bruno Fernandes ditepis penjaga gol, Martin Dubravka.

Tiga minit berselang giliran Slovakia mencipta peluang apabila hantaran silang terbias pertahanan Portugal namun palang menjadi penyelamat mereka.

Gol yang dinantikan Portugal tiba pada minit ke-18 apabila Goncalo Ramos menanduk masuk hantaran silang Fernandes untuk menjadikan kedudukan 1-0.

Advertisements

Ronaldo menggandakan jaringan pada minit ke-30 menerusi sepakan penalti yang diperoleh selepas bola terkena tangan pemain Slovakia.

Slovakia bagaimanapun enggan menyerah apabila merapatkan jurang pada minit ke-69 hasil jaringan David Hancko sebelum Ronaldo meledak gol kedua peribadi hanya dua minit kemudian yang merupakan gol ke-125 pemain itu untuk negaranya.

Pelawat berjaya merapatkan jurang pada 10 minit terakhir perlawanan menerusi rembatan jarak jauh Stanislav Lobotka pada minit ke-80.

Namun, itu sudah terlambat untuk menghalang Portugal daripada mengesahkan slot ke Euro 2024 selaku juara kumpulan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan