31.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Itali berpeluh sebelum mara ke Euro 2024

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PENYANDANG juara, Itali mengesahkan kemaraan ke Kejohanan Eropah (Euro) 2024 selepas mencatat keputusan seri tanpa jaringan menentang Ukraine di BayArena, awal pagi tadi.

Kemenangan itu meletakkan skuad Azzuri di tangga kedua Kumpulan C di belakang England dan terikat 14 mata dengan Ukraine namun mara dengan rekod pertemuan kedua-dua pasukan.

Skuad bimbingan Luciano Spalletti itu menamatkan kempen kelayakan dengan enam mata di belakang England yang terlebih dahulu layak bulan lalu selepas menewaskan Itali, 3-1 di Stadium Wembley.

Pada aksi di Leverkusen awal pagi tadi, Ukraine yang tidak pernah menewaskan Itali meminta pengadil menghadiahkan sepakan penalti pada waktu kecederaan namun permintaan itu tidak dilayan.

Ini susulan tindakan pemain tengah AS Roma, Bryan Cristante yang melakukan kekasaran ke atas pemain sayap, Mykhailo Mudryk pada minit-minit akhir perlawanan.

Advertisements

Bagaimanapun, Ukraine masih boleh mendapatkan ke slot Euro 2024 menerusi play-off pada Mac yang mana undian akan dilakukan di Nyon, Switzerland, Khamis ini.

“Ukraine menunjukkan bahawa mereka telah mempersiapkan pasukan yang baik dan memberikan kami lalui tempoh yang sukar.

“Hari ini kami bermain dalam satu perlawanan yang bagus, pada separuh masa pertama kami mempunyai banyak peluang untuk mencipta keputusan.

“Apabila kami gagal mengambil peluang, perlawanan berubah menjadi lebih kotor dan fizikal, bila itu berlaku, mereka tidak lagi bermain bola sepak,” kata Spalleti. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan