SEPASUKAN anggota Task Force dari Balai Polis Taman Melawati telah tangkap seorang lelaki warga tempatan berkaitan kesalahan jenayah narkotik.
Menerusi pengendali Facebook Polis Daerah Ampang Jaya, suspek ditahan oleh anggota Task Force bertugas semasa menjalankan penugasan rondaan cegah jenayah dikawasan Pentadbiran Balai Polis Taman Melawati untuk tujuan pemeriksaan.
“Hasil semakan terhadap nombor kad pengenalan saspek melalui sistem semakan kompol DCC IPD Ampang Jaya, Dapati saspek memiliki enam rekod lampau berkaitan jenayah dan tidak dikehendaki pihak polis.
“Sewaktu pemeriksaan dan soalsiasat awal yang dijalankan keatas suspek, turut menjumpai satu tiub straw yang didalamnya disyaki berisi dadah jenis heroin dengan anggaran berat 0.45gram,”katanya.
Menurutnya lagi, pihak polis kemudiannya telah membuat tangkapan keatas saspek serta rampas barangan kes berkaitan untuk siasatan lanjut.
“Hasil ujian saringan awal yang dijalankan terhadap saspek, Dapati saspek turut positif dadah Jenis Meth/AMP/Opiate.
“Sehubungan dengan itu, kes disiasat dibawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 & 15 (1) ADB 1952,”menurut pengendali tersebut. – Edisi 9

