26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Venice haramkan pembesar suara, kumpulan pelancong besar

Mesti Baca

DALAM usaha mengurangkan kesan pelancongan besar-besaran ke atas bandar Itali, Venice akan mengharamkan pembesar suara dan kumpulan pelancong lebih daripada 25 orang.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, peraturan baharu itu akan berkuat kuasa mulai Jun depan di mana penggunaan pembesar suara telah diharamkan kerana ia boleh ‘menimbulkan kekeliruan dan gangguan’.

Pelancongan berlebihan disifatkan sebagai isu mendesak untuk bandar terusan itu memandangkan Venice adalah salah satu tempat yang paling banyak dikunjungi di Eropah.

Advertisements

Pada September lalu, Venice meluluskan percubaan yuran sebanyak 5 euro (RM25) untuk pelawat harian.

Bandar bersaiz hanya 7.6 kilometer persegi (2.7 batu persegi) itu menjadi tuan rumah kepada hampir 13 juta pelancong pada 2019, menurut institut perangkaan kebangsaan Itali.

Pada awal tahun ini, Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) berkata, bandar itu perlu ditambah ke senarai tapak warisan dunia dalam bahaya kerana kesan ancaman perubahan iklim dan pelancongan besar-besaran menyebabkan perubahan tidak dapat dipulihkan. -Agensi

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan