32.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Langkah Dubai hanyalah fatamorgana – Ahmad Maslan

Mesti Baca

DAKWAAN wujudnya usaha menjatuhkan Kerajaan Perpaduan menerusi gerakan dinamakan ‘Langkah Dubai’ hanyalah fatamorgana, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Ini kerana, menurut bekas Setiausaha Agung UMNO itu, kesemua 30 Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) sudah menandatangani aku janji bahawa mereka akan perlu membayar RM100 juta seorang sekiranya bertindak melompat parti.

Beliau percaya tidak Ahli Parlimen daripada kalangan parti itu mempunyai wang sebanyak itu dan jika ada pun, kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap teguh.

“Langkah Dubai? Ini hanya fatamorgana. Utk 30 MP (Ahli Parlimen) UMNO/BN, kami sudah tandatangan kena bayar RM100 juta seorang jika ingin lompat.

Advertisements

“Siapa MP ada wang sebanyak itu? Jika 30 keluar pun, kerajaan masih kekal, dengan 122 sokongan. (147+5-30). Rakyat inginkan kestabilan dan kekuatan ekonomi,” katanya menerusi platform X hari ini.

Semalam, Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) mendakwa wujud usaha oleh pihak pembangkang untuk menjatuhkan Kerajaan Madani menerusi Langkah Dubai menerusi pertemuan di Dubai, Emeriyah Arab Bersatu (UAE).

Bagaimanapun, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, dakwaan J-KOM itu hanya drama rekaan bagi menutup kelemahan Kerajaan Madani. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Raja Permaisuri santuni keluarga mangsa nahas helikopter

RAJA Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat melawat keluarga Pegawai Taktikal Udara Skuadron 503, Allahyarham Lefternan Komander Mohammad...

Lagi Artikel Berkaitan