27.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Bot nelayan bawa air ketum ditahan di Sabak Bernam

Mesti Baca

AGENSI Penguatkuasa Maritim Malaysia menahan sebuah bot nelayan tempatan Kelas C setelah menemukan 13 botol bersaiz 1.5 liter yang dipercayai air ketum ketika sedang melakukan aktiviti perikanan di sekitar perairan Sabak Bernam, Selangor lebih kurang 4.55 petang semalam.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, bot nelayan itu dikesan dalam keadaan mencurigakan oleh pasukan peronda Maritim Malaysia dalam Op Ehsan, Op Murni dan Op Tiris 2.0 pada kedudukan kira-kira 8 batu nautika barat daya Tanjung Sauh.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan awal mendapati bot nelayan itu dikendalikan oleh empat warga Myanmar dalam lingkungan umur 26 hingga 41 tahun.

“Hasil pemeriksaan lanjut ke atas dokumen mendapati, bot nelayan itu melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat lesen iaitu menggunakan warga asing tanpa kebenaranbertulis Ketua Pengarah Perikanan dan melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/1963 kerana tidak memiliki dokuman pengenalan diri yang sah.

“Selain air ketum, turut ditemukan tiga botol ubat batuk serta satu beg plastik mengandungi 1.627 kilogram daun ketum segar yang disimpan di dalam petak simpanan ikan yang diletakkan bersama 50 kilogram ikan campur,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisements

Abdul Muhaimin berkatam, kes disiasat di bawah Akta Racun 1952 kerana memiliki air disyaki ketum dan daun ketum segar.

Katanya, difahamkan tekong dibayar gaji sebanyak RM120 sehari manakala awak-awak RM90 sehari.

Beliau berkata, kesemua kru, bot dan barang rampasan dibawa ke jeti Pasukan Polis Marin Pulau Indah sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Sebarang aduan, maklumat dan insiden kecemasan di laut, orang ramai bolehmenghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 03-31760627 atau MERS 999 untuk maklum balas segera. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas Akhyar disamun, Faisal Halim pula disimbah asid

BARU beberapa hari lepas pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid diserang dan disamun di Kuala Terengganu, hari ini Faisal...

Lagi Artikel Berkaitan