26.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 1, 2024

12 pemain TFC ‘angkat kaki’, nama Azam Azmi tiada

Mesti Baca

SERAMAI 12 pemain Terengganu FC disahkan meninggalkan kelab Pantai Timur itu menjelang musim baharu Liga Malaysia yang akan bermula Mei tahun depan.

Antara pemain akan meninggalkan kelab Pantai Timur itu ialah Habib Haroon, Liridon Krasniqi, Jordan Mintah, Sony Norde, Adisak Kraisorn, Omid Nazari dan Sardor Kulmatov.

Turut tidak bersama pasukan itu ialah Adib Zainuddin, Azarul Nazarith, Rahmat Makasuf, Mohamad Shafawi dan Fazli Wan Ghazali.

Perkara itu diumumkan oleh TFC dalam kenyataan menerusi media sosialnya hari ini.

Bagaimanapun, nama Azam Azmi Murad yang sebelum ini disebut-sebut akan berhijrah ke Johor Darul Ta’zim (JDT) tiada dalam senarai.

Advertisements

Beberapa media melaporkan pemain kebangsaan tersebut menandatangani kontrak bersama skuad Harimau Selatan tetapi dipinjamkan kepada pasukan asalnya itu musim depan.

Azam Azmi Murad

Manakala kontrak dua pemain import yang beraksi cemerlang musim ini, Habib Haroon dan Sony Norde pula tidak dilanjutkan berikutan membuat tuntutan gaji yang lebih tinggi.

“Terengganu Football Club ingin mengucapkan terima kasih dan selamat maju jaya buat seluruh pemain yang telah bersama kelab ini dan bakal meninggalkan kelab untuk musim hadapan.

“Antara para pemain yang bakal meninggalkan kelab adalah Adib Zainuddin, Azarul Nazarith, Rahmat Makasuf, Habib Haroon, Liridon Krasniqi, Jordan Mintah, Adisak Kraisorn, Omid Nazari, Sardor Kulmatov, Mohamad Shafawi, Fazli Wan Ghazali dan Sony Norde.

“Kelab ini sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan buat keseluruh pemain yang telah bersama kelab ini,” kata kenyataan tersebut. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kupang PD masih belum selamat dimakan, 81 penternak terjejas

KUPANG dari perairan Port Dickson, Negeri Sembilan masih belum selamat dimakan kerana masih menunjukkkan kandungan biotoksin yang tinggi. Jabatan Perikanan...

Lagi Artikel Berkaitan