24.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

PM ulangi kenyataannya tentang Ashabul Kahfi disalah tafsir

Mesti Baca

DATUK Seri Anwar Ibrahim mengulangi kenyataan bahawa nasihatnya kepada para penjawat awam dengan memetik kisah tujuh pemuda Ashabul Kahfi dalam satu majlis baru-baru ini telah disalah tafsir.

Perdana Menteri berkata, lebih mengecewakan pandangan beliau itu telah dikupas sehingga melibatkan cacian dan cemuhan oleh sesetengah pihak termasuk para pendakwah dan ulama.

Beliau bertanggapan cara kupasan yang dibuat mereka terhadap isu tersebut adalah keterlaluan dan tidak sepatutnya berlaku.

“Saya kaitkan kisah tujuh pemuda Ashabul Kahfi seperti dalam ayat al-Quran surah Al Kahfi di mana pada masa itu sistem dan kerajaan serta raja yang zalim itu menyembah berhala, ditolak orang beriman termasuk tujuh pemuda ini yang kemudian berlindung di sebuah gua.

“Mesejnya adalah keteguhan dan kekentalan iman pemuda itu yang membentengi kepada amalan syirik dan kebejatan, justeru adalah wajar agar penjawat awam mengambil iktibar daripada kisah tersebut.

Advertisements

“Namun pandangan saya disalahtafsir hingga ada yang dikupas melibatkan cacian dan cemuhan pada sesetengah pihak termasuk pendakwah mahupun ulama, dan bagi saya ini keterlaluan dan tidak sepatutnya terjadi,” katanya dalam kenyataan menerusi media sosialnya hari ini.

Dalam Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) baru-baru ini Perdana Menteri telah menyentuh mengenai tujuh pemuda Ashabul Kahfi yang kemudian diulas oleh seorang pendakwah terkenal.

Anwar berkata, apa yang berlaku sebenarnya beliau memberitahu penjawat awam, baik yang di atas mahu pun di bawah tentang kepentingan nilai dan akhlak dalam menjalankan tugas, amanah serta tanggungjawab yang diamanahkah.

“Sayugia, budaya wacana yang baik harus dijulang, bukannya diangkat cerca kritikan melampau, khasnya melibatkan konteks ayat Al-Quran yang kini semakin meluas dibahas di media sosial.

“Moga mutu kefahaman tentang Islam terus dipertingkat, Insya-Allah,” kata beliau. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan