28.7 C
Kuala Lumpur
Friday, December 13, 2024

Kerajaan Pahang hargai peruntukan persekutuan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN Negeri Pahang menghargai peruntukan yang diagihkan dalam Belanjawan 2024 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, belanjawan itu merupakan satu naskhah yang telah digarap secara komprehensif, holistik serta mencakupi pelbagai sektor.

Katanya, ia merangkumi aspek ekonomi, pembangunan infrasturktur, pendidikan, kesihatan, keselamatan, keterjaminan makanan serta inisiatif-inisiatif untuk meringankan beban rakyat.

“Kerajaan negeri akan memperuntukkan sebanyak RM47 juta bagi menambah baik fasiliti penumpang di terminal Lapangan Terbang Tioman dan memanjangkan landasan sedia ada kepada 1,300 meter (m).

“Selain itu, Taman Rimba Kenong, Lipis disenaraikan antara yang terlibat dalam menyelenggara dan memulihara lokasi tarikan pelancongan dengan peruntukan RM20 juta,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Wan Rosdy berkata, Lembangan Sungai Pahang pula disenaraikan antara yang terlibat dalam 33 Projek Tebatan Banjir Berkeutamaan Tinggi dengan kos melibatkan RM11.8 bilion.

Selain itu katanya, peruntukan akan digunakan bagi pembinaan dua buah sekolah baharu iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Bunut Rendang dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Melati, Kuantan.

Jelas beliau, peruntukan turut melibatkan pembinaan Klinik Kesihatan Kuala Tahan, Jerantut serta Meneruskan Program Transformasi Bas Henti-henti di Kuantan.

“Saya yakin, belanjawan yang dibentangkan ini membawa manfaat yang besar kepada setiap lapisan masyarakat serta memberi dorongan kepada pertumbuhan ekonomi negara yang positif.

“Saya berharap, seluruh rakyat Malaysia dapat menyokong penuh belanjawan yang telah dibentangkan ini demi kestabilan dan kemakmuran bersama,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

234 pengamal media terima bantuan Tabung Kasih@HAWANA

SERAMAI 234 individu telah menerima manfaat daripada Tabung Kasih@HAWANA sejak diperkenalkan pada April tahun lalu. Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata,...

Lagi Artikel Berkaitan