24.3 C
Kuala Lumpur
Friday, January 17, 2025

32 pekerja binaan ditahan dalam operasi bersepadu

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 32 pekerja pembinaan telah ditahan pihak penguatkuasa bagi pemeriksaan secara menyeluruh berkaitan dokumentasi perjalanan dan permit kerja yang berkaitan menerusi Operasi Bersepadu Tapak Pembinaan Siri 16/2023 yang dilakukan di Jalan Kiara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur, Khamis lalu.

Operasi berkenaan dilaksanakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama pasukan agensi sahabat terdiri daripada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (SWCorp) dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (DOSH).

DBKL menerusi kenyataan berkata, tangkapan berkenaan melibatkan 24 orang warga Bangladesh, tujuh warga Indonesia dan seorang warga India oleh pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurutnya, menerusi operasi bersepadu kali ini, pemeriksaan dan tindakan penguatkuasaan dijalankan mengikut bidang kuasa dan peruntukan undang-undang masing dikawasan tapak pembinaan.

“Ia dilakukan secara menyeluruh dibahagian dalam dan luar pembinaan bagi menentukan tahap kebersihan, laluan, struktur pembinaan, keselamatan dan permit kebenaran serta memastikan segala peraturan di tempat pembinaan senantiasa di patuhi oleh kontraktor dan pemilik syarikat.

“DBKL telah mengeluarkan tiga notis kompaun di dalam kawasan pembinaan melibatkan 2 notis dibawah Seksyen 70 Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 berkaitan kesalahan menjalankan kerja tanah tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan.

“Selain itu, satu notis dibawah Seksyen 69 Akta Kerajaan Tempatan 1976 berkaitan kacau ganggu dari tapak pembinaan ke saluran, laluan sungai awam,”kata kenyataan itu.

Advertisements

Berikutan kesalahan yang dilakukan, DBKL berkata, pihaknya turut membuat tindakan penutupan dan pemberhentian operasi di tapak pembinaan serta merta (sealed) dibawah Seksyen 70 Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.

“Sementara daripada pihak agensi sahabat, dua notis larangan (Berhentikan Kerja Kerja Merta) dan enam notis arahan pematuhan keselamatan( Kren Bergerak , Perancah, Acuan dan Penyangga) dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (DOSH) kepada pemilik dan pengendali di tapak pembinaan.

“Notis yang dikeluarkan adalah dibawah Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 1994 dan kesalahan am yang dikuatkuasakan agensi berkenaan.

“Bagi pihak CIDB pula telah mengeluarkan satu notis pengemukaan maklumat mengenai industri pembinaan (Notis N2/2015) kepada pihak kontraktor utama pembinaan dalam tempoh tujuh hari.

“Sementara, pihak SWCORP mengeluarkan satu notis peraturan (tidak mengasing sisa bahan binaan) dibawah Peraturan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (kemudahan pengurusan sisa pepejal yang ditetapkan dan kelulusan bagi pembinaan,pengubahan dan penutupan kemudahan) 2011,”katanya.

Ujar DBKL, operasi bersepadu ini akan diteruskan dari semasa ke semasa mengikut kawasan parlimen di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Lima beregu negara melangkah bergaya ke separuh akhir

LIMA beregu negara masing-masing dua beregu lelaki, dua beregu campuran dan satu beregu wanita melangkah bergaya ke separuh akhir...

Lagi Artikel Berkaitan