30 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 21, 2024

KPDN perkasa penguatkuasaan tangani ketirisan subsidi, kartel

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) komited menggerakkan agenda subsidi bersasar khususnya dalam mengurangkan ketirisan subsidi melalui pemantauan dan penguatkuasaan.

Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, kementeriannya menyambut baik Belanjawan 2024 yang telah dibentangkan semalam.

“KPDN akan memastikan sebanyak RM10 juta yang disalurkan kepada Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) digunakan untuk memastikan amalan kartel dan pakatan harga dapat ditangani dengan lebih berkesan.

“Selain itu, usaha pembelian produk tempatan akan diperhebatkan melalui Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) melalui peruntukan sebanyak RM12 juta,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Armizan berkata, kebajikan penduduk luar bandar akan terus diberi perhatian dengan memastikan ketersediaan bekalan barang keperluan asas menerusi Program Pengedaran Barangan Perlu, LPG dan Community Drumming.

Advertisements

“Sebanyak RM225 juta diperuntukan bagi membiayai program sedia ada termasuk peluasan ke kawasan baharu antaranya di Zon Abai, Sandakan, Sabah dan Engkerabai, Mukah, Sarawak,” katanya.

Bagi menjamin rakyat terus mendapat pembelaan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup, beliau berkata, Program Payung Rahmah yang telah dilaksanakan bermula 2023 akan diperkasakan tahun hadapan.

“Peruntukan sebanyak RM200 juta akan disalurkan untuk pelaksanaan Program Jualan Rahmah dan Pasar Rahmah.

“Ini bagi membolehkan golongan sasar daripada kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana mendapat akses kepada barangan keperluan asas pada harga yang lebih rendah,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wajah Faisal di Stadium MBPJ kenang peristiwa hitam bola sepak

WAJAH pemain Selangor, Faisal Halim dijadikan hiasan mural pada Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya sebagai mengenang...

Lagi Artikel Berkaitan