27.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 1, 2024

Penerima pingat Pahang dilarang pamer lambang pada kenderaan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEMUA penerima darjah kebesaran dan pingat negeri Pahang dilarang mempamerkan atau melekatkan lambang darjah kebesaran dan pingat yang diterima pada kenderaan mereka.

Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang, Datuk Ahmad Khirrizal Ab Rahman berkata, larangan tersebut tertakluk kepada Enakmen Lambang, Gelaran atau Anugerah Mencegah Penggunaan Tidak Wajar Pahang 2017.

Menurut beliau, di bawah peruntukan tersebut orang awam dicegah menggunakan lambang yang ditetapkan, gelaran atau anugerah dikurniakan oleh Sultan Pahang pada tempat yang tidak wajar.

“Menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah adalah dengan ini diberi peringatan kepada penerima-penerima Darjah-Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Pahang Darul Makmur untuk tidak mempamerkan atau melekatkan lambang Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Pahang pada kenderaan,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.

Advertisements

Beliau berkata, mereka yang didapati melanggar dan melakukan kesalahan di bawah enakmen tersebut akan berhadapan tindakan penarikan balik darjah kebesaran dan pingat yang telah dikurniakan.

“Selanjutnya bagi mana-mana individu yang didapati menggunakan gelaran palsu boleh didakwa di bawah peruntukan yang sama,” kata beliau.

Sehubungan itu, Ahmad Khirrizal memohon kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) untuk mengambil tindakan penguatkuasaan bagi mereka yang melakukan kesalahan tersebut. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kupang PD masih belum selamat dimakan, 81 penternak terjejas

KUPANG dari perairan Port Dickson, Negeri Sembilan masih belum selamat dimakan kerana masih menunjukkkan kandungan biotoksin yang tinggi. Jabatan Perikanan...

Lagi Artikel Berkaitan