24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Petugas SMART di Turkiye, Syria diberi elaun khas – Anwar

Sebagai tanda penghargaan kerajaan kepada petugas negara, yang turut mendapat pujian daripada kerajaan Turkiye.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pemberian elaun khas kepada semua petugas Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) yang menjalankan dalam misi menyelamat mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria.

Anwar berkata, pemberian elaun serta pingat khidmat khusus yang akan diberikan itu adalah tanda penghargaan kerajaan kepada petugas negara, yang turut mendapat pujian daripada kerajaan Turkiye.

“Kita akan berbincang dengan Perbendaharaan mengenai jumlah elaun berkenaan, yang akan ditetapkan bagi setiap petugas mengikut khidmat mereka di sana.

“Saya cadangkan kita aturkan elaun khas bagi setiap yang berkhidmat, berdasarkan hari mereka bertugas. Ada yang cecah dua minggu.

“Sebenarnya, pasukan SMART ini, tempoh khidmatnya adalah dua minggu tapi dalam perbicaraan saya bersama Presiden (Turkiye), Recep Tayyip Erdogan, beliau mohon kalau boleh diteruskan kerana terlalu banyak mayat yang masih tertimbus yang memerlukan usaha kita dan saya beri persetujuan untuk mereka meneruskan.

Anwar Ibrahim diberi taklimat mengenai operasi mencari dan menyelamat mangsa gempa bumi oleh pasukan SMART Malaysia di Nurdagi, selatan Turkiye semalam. – Sumber: FB Anwar Ibrahim

“Andai kata ada beberapa orang yang mempunyai masalah kesihatan, mereka diizinkan pulang segera,” katanya kepada pemberita di Parlimen, hari ini.

Advertisements

Ujar Anwar lagi, beliau juga memberi persetujuan supaya pasukan SMART yang sepatutnya berada hanya dua minggu di sana (Turkiye) untuk melanjutkan tempoh perkhidmatan mereka atas permintaan Erdogan.

Dalam pada itu, Anwar menjelaskan dana bantuan kemanusiaan Malaysia bagi membantu mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria kini sudah mencapai RM50 juta.

Beliau berkata, RM40 juta akan disumbangkan ke Turkiye, manakala RM10 juta kepada Syria.Perdana Menteri turut menamakan sejumlah penyumbang yang terdiri daripada syarikat tempatan, badan bukan kerajaan dan universiti sebagai penghargaan.

Menurutnya, antara penyumbang terbesar adalah Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) yang menyumbang lima juta euro (RM 23.5 juta), Yayasan Albukhary sebanyak RM10 juta dan Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) sebanyak RM 4.4 juta.

Semalam, Anwar berlepas ke Turkiye bagi menyatakan sokongan moral kepada Erdogan dan rakyat negara itu yang dilanda gempa bumi awal minggu lepas sehingga mengorbankan puluhan ribu nyawa.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan