Tuesday, July 21, 2026

Norhashimah raih RM10,000 sebulan hasil jualan ‘banquet’

Pernah hasilkan bouquet coklat bernilai RM450 yang ditempah oleh pelanggan untuk memujuk teman lelakinya

Mesti Baca

Mohd Naim Aziz
Mohd Naim Aziz
Jurufoto Sambilan Edisi 9

SIAPA sangka, hanya menjalankan perniagaan dekorasi gubahan (bouquet) kepada yang tersayang mampu menikmati pendapatan sehingga RM10,000 sebulan.

Itulah yang dikecapi oleh Norhashimah Mohd Nawi yang mengusahakan perniagaan gubahan atas talian dan jualan but kereta sejak dua tahun lalu.

Wanita berusia 34 tahun dari Jeli, Kelantan tetapi kini menetap di Shah Alam, Selangor berkata, pada mulanya dia mengusahakan jualan tudung juga secara atas talian.

Bagaimanapun, katanya, selepas mendapat galakan dari seorang ejen, dia mula mengubah cara kaedah penjualannya.

“Ejen itu beri saya idea untuk buat bouquet tudung dan menunjukkan contoh gubahan tersebut. Apabila saya cuba buat satu gubahan, ternyata permintaannya sangat menggalakkan,” katanya ketika ditemui Edisi 9 di Shah Alam, baru baru ini.

Norhashimah menyusun beberapa jenis bouquet yang dihasilkannya untuk jualan di but kereta di Shah Alam baru baru ini. Foto: MOHD NAIM AZIZ / EDISI 9

Bermula dari situ, katanya, dia meneruskan kerja-kerja penghasilan bouquet tudung namun tidak kekal lama dan mula beralih kepada bouquet coklat dan buah.

Norhashimah berkata, dia juga boleh menghasilkan bouquet untuk hantaran perkahwinan serta majlis hari jadi selain majlis konvokesyen.

Katanya, harga jualan bouquet yang dihasilkannya bermula dari RM20 sehingga RM250 dan tempahan khas daripada pelanggan mengikut bajet pelanggan.

“Saya pernah hasilkan bouquet coklat bernilai RM450 yang ditempah oleh pelanggan untuk memujuk teman lelakinya. Bouquet ini dihasilkan hampir 50 jenis coklat,” jelasnya.

Jualan but kereta pula, kata Norhashimah, dilakukannya akibat persaingan perniagaan dalam talian terlalu banyak.

Menurutnya, jualan secara but kereta sama seperti atas talian tetapi lebih tertumpu kepada satu-satu kawasan terutama berhampiran universiti ataupun kolej serta sekitarnya.

Dia berkata, pendapatan purata jualan sehari boleh mencecah sehingga RM500 dan paling minimum jualan sebanyak RM30 untuk satu bouquet.

Katanya, tempahan bouquet yang diterima tidaklah setiap hari tetapi dia memulakan perniagaan seawal jam 9 pagi sehingga jam 7 petang setiap Isnin hingga Jumaat.

“Kadang dua, tiga hari baru dapat satu tempahan. Ada juga sehari boleh dapat tiga tempahan. Dalam satu hari boleh dapat RM400 ke RM500. Paling kurang pun boleh dapat RM30 untuk satu bouquet, jadilah,” katanya. – Edisi 9.

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan