Thursday, July 23, 2026

Tindakan jika kenderaan pamer darjah kebesaran Pahang – KPN

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) memberi amaran kepada penerima darjah kebesaran Pahang agar tidak mempamer atau melekatkan lambang tersebut pada kenderaan masing-masing.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, tindakan mempamer dan melekar lambang darjah kebesaran pada kenderaan penerima merupakan satu kesalahan.

Jelas beliau, tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 3(1)(D) Enakmen Lambang, Gelaran atau Anugerah (Mencegah penggunaan tidak wajar) Pahang 2017.

“Ia memperuntukkan (tiada seorang pun boleh kecuali dengan kebenaran bertulis daripada Sultan mempamer atau melekatkan apa-apa bahan yang mengandungi apa-apa lambang gelaran atau anugerah atau apa-apa replika mengenainya kepada apa-apa kenderaan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang, Datuk Ahmad Khirrizal Ab. Rahman menerusi kenyataan semalam berkata, Yang di-Pertuan Agong mengingatkan penerima pingat Pahang diingatkan supaya tidak mempamerkan atau melekatkan lambang darjah kebesaran yang diterima.

Sementara itu, Razarudin berkata, PDRM menyembah maklum atas titah dan peringatan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengenai perkara tersebut.

“Jika terdapat mana-mana kenderaan yang masih mempamerkan lambang darjah kebesaran Pahang, maka tindakan akan diambil selaras dengan enakmen lambang, gelaran atau anugerah (Mencegah penggunaan tidak wajar) Pahang 2017,” tegas beliau. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan