31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Peruntukan JAKIM bertambah bukti dakwaan Islam terancam fitnah

Mesti Baca

PERTAMBAHAN peruntukan untuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan pembangunan hal ehwal Islam di bawah Belanjawan 2024 membuktikan dakwaan konon Islam terancam di bawah Kerajaan Perpaduan adalah fitnah semata-mata.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ini susulan langkah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menambah peruntukan tersebut daripada RM1.5 bilion tahun 2023 kepada RM1.9 bilion bagi tahun depan.

Beliau berkata, pihak pembangkang sengaja menyebarkan fitnah kepada kerajaan gabungan 18 parti politik hari ini konon Islam terancam hanya semata-mata kerana adanya DAP di dalamnya.

“Persoalannya, apakah benar agenda Islam dan Melayu terancam dan terabai sebagaimana fitnah Pas dan Bersatu?,” katanya menerusi hantaran dalam Facebook beliau hari ini.

Islam terus diperkasa di bawah Kerajaan Perpaduan. – Gambar hiasan

Asyraf Wajdi berkata, tidak cukup dengan itu, inisiatif Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Timbalan Perdana Menteri melalui Pelan Tindakan Dasar Tahfiz Negara juga menyerlahkan bahawa kerajaan amat menitikberatkan hal ehwal Islam.

Advertisements

Langkah diambil UMNO itu, katanya, disambut pula oleh Perdana Menteri dengan menyediakan peruntukan sebanyak RM187 juta termasuklah RM17 juta untuk program Tahfiz TVET dan RM20 juta program Pra-Tahfiz KEMAS yang menyasarkan 100,000 hufaz cilik menjelang tahun 2026.

“Ini semua idea cetusan Zahid Hamidi yang bertanggungjawab dalam mempengerusikan Majlis TVET Negara dan Dasar Tahfiz Negara,” katanya yang juga Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Asyraf Wajdi berkata, agenda Melayu dan Bumiputera juga terus diperkasa dengan tambahan peruntukan sebanyak RM11.554 bilion kepada Kementerian Pembangunan Desa dan Wilayah.

Manakala Majlis Amanah Mara (MARA) pula, katanya, diperuntukkan sebanyak RM3.99 bilion untuk memperhebatkan pelbagai program pembiayaan perniagaan dan keusahawanan.

Di samping itu, kata beliau, peruntukan tersebut juga bagi pendidikan termasuk pemerkasaan program TVET untuk anak-anak Melayu-Bumiputera dan pembiayaan pengajian ke luar negara yang kini mencecah 5,178 di pelbagai negara luar. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan