26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Sasar 50 peratus kawasan luar bandar terima 5G pertengahan 2024

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN menyasarkan sekurang-kurangnya 50 peratus kawasan di luar bandar mencapai liputan telekomunikasi teknologi 5G menjelang pertengahan tahun hadapan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan juga meletakkan sasaran liputan 5G tidak kurang 85 peratus pada akhir 2024.

“Lagi 15 peratus mungkin kawasan pergunungan dan sebagai dan ini agak sukar hakikatnya begitu. Tetapi kita tahu di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beliau amat progresif dari segi wawasannya.

“Kita lakukan koordinasi ini kerana rakyat di luar bandar berhak. Kita tidak mahu untuk dapatkan internet mereka perlu panjat pokok. Itu harus dielakkan, walaupun sukar tapi kita boleh,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Selamat Pagi Malaysia yang disiarkan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) hari ini.

Advertisements

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, liputan 5G di negara ini kini berada di tahap lebih 84 peratus.

Namun, di negara tertentu, 5G dah naik 5.5G sementara di kawasan luar bandar di Malaysia masih ada yang tidak menerima liputan 4G.

“Jadi kerjasama Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan Kementerian Komunikasi dan Digital di mana Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SpaceX, Elon Musk baru-baru ini telah menawarkan peranti yang disediakan untuk kawasan pedalaman bagi liputan 5G (Starlink).

“Jadi kita telah kenal pasti bersama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) di kawasan itu kita akan buat liputan,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan