Monday, July 20, 2026

83 projek baharu, sambungan BALB di Sabah diluluskan – Zahid

projek tersebut merupakan Rolling Plan Pertama (RP1), Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang membabitkan peruntukan sebanyak RM143 juta.

Mesti Baca

SEBANYAK 83 projek baharu dan sambungan di bawah Program Bekalan Air Luar Bandar (BALB) bagi negeri Sabah telah diluluskan di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bagi tahun ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut beliau, projek tersebut merupakan Rolling Plan Pertama (RP1), Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang membabitkan peruntukan sebanyak RM143 juta.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, peruntukan tersebut sebahagian daripada keseluruhan RM4.06 bilion yang diserahkan kepada KKDW bagi pelaksanaan BALB di seluruh negeri itu di bawah RMK-13.

“KKDW komited dalam memastikan infrastruktur asas luar bandar Sabah terus diperkasa. 

“Ini adalah susulan keputusan Jemaah Menteri bertarikh 17 Mac 2026 yang bersetuju untuk menyerahkan projek-projek BALB Sabah kepada kerajaan negeri untuk dilaksanakan,” katanya hari ini.

Sebelum itu, beliau mempengerusikan mesyuarat Penyelaras Penyerahan Projek BALB Sabah di Kota Kinabalu, hari ini. 

Ahmad Zahid berkata, langkah itu diambil bagi mempercepatkan pelaksanaan projek melalui pemerkasaan peranan Kerajaan Negeri Sabah.

Katanya, ini bagi memastikan manfaat dapat disampaikan kepada masyarakat luar bandar secara lebih pantas dan berimpak tinggi. 

Jelas beliau, ia juga sebagai langkah  menyelaras tindakan yang perlu antara KKDW dan agensi pusat dengan Kerajaan Sabah bagi memastikan penyerahan projek BALB berjalan dengan lancar. 

“Inisiatif ini membuktikan komitmen berterusan pihak Kementerian untuk menerajui pembangunan luar bandar seterusnya meningkatkan kualiti hidup komuniti di Sabah melalui penyediaan infrastruktur asas yang lebih kukuh,” katanya.

Semalam, Ahmad Zahid telah menyerahkan nota rasmi pelaksanaan projek BALB Sabah kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

“Saya yakin, dengan kesefahaman yang terjalin antara kepimpinan Negeri Sabah dan Persekutuan, segala usaha pembangunan yang dirancang dapat digerakkan dengan lebih lancar demi kesejahteraan rakyat,” katanya. — Edisi 9

Terkini

AMH desak menteri, timbalan menteri BN letak jawatan

SEMUA menteri dan timbalan menteri dari Barisan Nasional (BN) didesak meletakkan jawatan masing-masing susulan tindakan parti itu yang secara...

Lagi Artikel Berkaitan