26.2 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Laluan arah timur KM124 LPT1 ditutup, laluan kontra diaktifkan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

LALUAN arah Timur di Kilometer 124 Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) akan ditutup dan dilencongkan bermula Isnin depan (16 Oktober) hingga Mac 2024.

Pengendali lebuh raya berkenaan, ANIH Berhad berkata, penutupan jalan di laluan menghala ke Kuantan itu kerja-kerja menaikkan aras laluan utama di bawah pelaksanaan projek tebatan banjir.

“Sehubungan itu, semua trafik akan dilencongkan untuk menggunakan laluan arah barat (hala ke Kuala Lumpur) dan pelaksanaan aliran kontra akan dibuat sepanjang tempoh terbabit.

“Penutupan dan lencongan berserta aliran kontra ini akan dilaksanakan bermula pada 16 Oktober 2023 sehingga bulan Mac 2024,” menurut kenyataan itu.

Advertisements

Sehubungan dengan itu, ANIH Berhad berkata, pengguna LPT1 dinasihatkan merancang perjalanan mereka dan mematuhi papan arah yang disediakan di lokasi serta arahan petugas yang bertugas sebagai panduan mengelakkan kekeliruan.

Katanya, bagi mendapatkan maklumat terkini para pengguna disarankan untuk mengikuti saluran ANIH TV serta saluran rasmi media sosial ANIH Berhad di Facebook atau Lebuhraya Pantai Timur dan Twitter @LPTTrafik serta Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Untuk sebarang kecemasan, sila hubungi LPT Line di 1700-818-700 atau LLM di 1800-88-7752. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan