26 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 4, 2023

LPT1 aktifkan laluan kontra ekoran jalan mendap

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

LALUAN kontra dari Kilometer (KM) 116.5 hingga 119.4 arah barat Lebuh Raya Pantai Timur 1 (LPT1) diaktifkan susulan kejadian jalan mendap di KM 118.2 – KM117.8 arah barat berhampiran Lancang, Pahang hari ini.

Anih Berhad melalui Facebook rasminya memaklumkan, lorong kiri dan kecemasan di sepanjang laluan terbabit kini ditutup susulan kejadian terbabit.

Menurut pengendali lebuh raya itu, kejadian jalan mendap terbabit dikesan awal pagi dan punca kejadian masih dalam siasatan.

Bagaimanapun pihaknya memaklumkan keadaan trafik lancar di lokasi terbabit.

Kejadian mendapan jalan yang berlaku di KM 118.2 sehingga KM 117.8 di laluan menghala ke barat.

“Namun pemandu dinasihatkan agar lebih berhati-hati dan mematuhi papan tanda serta arahan petugas,” menurut pengendali lebuh raya itu.

Kejadian mendapan jalan yang berlaku di KM 118.2 sehingga KM 117.8 di laluan menghala ke barat itu menyaksikan rekahan pada jalan tar dan menyebabkan penghadang jalan senget.

Malah, kejadian sepanjang kira-kira 400 meter itu menyaksikan banyak berlakunya lubang rekahan di kawasan tanah bersebelahan laluan. – Edisi 9

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini

ACL: JDT malukan BG Pathum di gelanggang lawan

JOHOR Darul Ta'zim FC (JDT) tampil cemerlang apabila memalukan kelab Thailand, BG Pathum United di laman sendiri dengan kemenangan...

Lagi Artikel Berkaitan