25.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 27, 2023

Biarlah saya dihukum daripada hilang prinsip – Syed Saddiq

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AHLI Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini menyatakan kesediaan beliau untuk meninggalkan Kerajaan Perpaduan dan sedia menjadi pembangkang ‘kuasa ketiga’.

Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) itu berkata, beliau sedia menerima hukuman atas tindakannya itu daripada hilang prinsip dan turut menanggung dosa besar.

“Kami tidak boleh dan tidak akan bertolak ansur dengan langkah tidak berprinsip ini. Biarlah saya dihukum dari hilang prinsip dan berdosa besar.

“Saya akan jawab segala soalan di sesi siaran langsung (malam ini) nanti. MUDA kekal berprinsip,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Keputusan dibuat susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepas tetapi tidak membebaskan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menghadapi 47 pertuduhan rasuah dan pecah amanah membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

Beliau yang juga satu-satunya wakil MUDA di Parlimen berkata, keputusan yang dibuat terhadap Presiden UMNO itu didakwa sebagai satu permulaan untuk menormalisasikan rasuah.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu, Syed Saddiq mempertahankan kerusi Parlimen Muar menggunakan logo Pakatan Harapan (PH). – Edisi 9

Terkini

Nafi sos cili peket dicaj, McDonald’s buat laporan polis

MCDONALD’S Malaysia membuat laporan polis berhubung dakwaan pekerjanya mengenakan caj sos cili peket kepada pelanggan sepertimana tular baru-baru ini. McDonald’s Malaysia berkata,...

Lagi Artikel Berkaitan