LEMBAGA Lebuh Raya Malaysia (LLM) dan pihak yang terlibat diarah melaksanakan pembaikan kawasan mendap di Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) dengan kadar segera.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, beliau suda hpun meneliti laporan awal insiden tanah mendap di LPT1 iaitu di Kilometer (KM) 118.2 sehingga 117.8 arah barat menghala ke Kuala Lumpur.
“Berdasarkan penilaian pihak konsesi, kejadian rekahan dipermukaan jalan dipercayai berpunca dari runtuhan cerun tambak di kawasan kerja-kerja tebatan banjir.
“Sehubungan dengan itu, saya telah mengarahkan LLM dan pihak yang terlibat untuk laksana kerja-kerja penyelenggaraan dengan kadar segera,”katanya menerusi kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, Nanta Linggi berkata, pihaknya juga telah menghubungi Ketua Pengarah LLM dan mahu satu laporan penuh dikemuka dengan segera.
“Selain itu pemantauan disekitar kawasan mendapan perlu dilakukan bagi mengenalpasti kemungkinan risiko mendapan lain.
“Pelan kontigensi yang dilaksana di laluan mendap sentiasa dipantau setiap masa bagi menjamin keselamatan pengguna jalan raya.
“Pengguna jalan LPT dinasihat untuk mengelak atau menangguhkan dari melalui laluan itu buat sementara waktu bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku,” katanya. – Edisi 9