26.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Kawasan rekahan ditutup kanvas elak hakisan – LLM

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

ANIH Berhad telah mengarahkan pihak kontrakor menutup kawasan rekahan kejadian mendapan tanah di Kilometer 118.2 sehingga 117.8 Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) menghala ke ibu negara dengan kanvas bagi mengawal hakisan.

Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Ir. Sazali Harun berkata, penanda enapan (settlement marker) akan dipasang bagi memantau pergerakan tanah dan aktiviti penyasatan tanah (soil investigation) secara komprehensif akan dilaksanakan segera. 

“Pejabat Wilayah Timur LLM, syarikat konsesi, perunding dan kontraktor juga telah diarahkan untuk berada di tapak selama 24 jam bagi memantau keadaan.

“Laporan awalan berhubung kejadian ini telah dikemukakan kepada Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanti Linggi dan laporan penuh sedang disediakan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Media sebelum ini melaporkan kejadian mendapan sepanjang kira-kira 400 meter di kawasan tersebut yang menyaksikan banyak berlaku lubang rekahan di kawasan tanah bersebelahan laluan.

Beliau berkata, bagi memastikan keselamatan pengguna lebuh raya dan kelancaran aliran trafik, LLM dan Anih Berhad mengambil pendekatan menutup keseluruhan lorong arah barat dan telah mengaktifkan laluan kontra pada pada pukul 4.15 petang, semalam.

“Adalah dimaklumkan bahawa laluan ini masih boleh dilalui semua kenderaan dan pengguna diminta untuk berhati-hati serta mematuhi papan tanda lalu lintas. 

“Walau bagaimanapun sekiranya tiada keperluan mendesak, pengguna adalah dinasihatkan untuk mengelakkan laluan ini bagi mengelakkan kesesakan,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan