26.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Jangan ada lagi pihak persoal asas perjuangan DAP 

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

DAP bukan berasaskan satu kaum sahaja tetapi merupakan parti untuk semua kaum, bangsa, ras dan keturunan di negara ini termasuk orang Melayu. 

Itu yang ditegaskan Timbalan Ketua Kepimpinan Jawatankuasa Eksekutif Pemuda DAP (Dapsy), Young Syefura Othman; Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat, Syahredzan Johan dan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC), Sheikh Umar Bagharib Ali menerusi kenyataan bersama hari ini.

Katanya, orang Melayu dalam DAP seperti kaum dan bangsa lain, memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada parti untuk menabur bakti pada rakyat. 

Menurutnya, ahli berbangsa Melayu mempunyai kedudukan di setiap lapisan parti, baik sebagai ahli biasa, AJK cawangan, Ahli Majlis, Ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli Parlimen mahupun CEC. 

“Jelas bahawa perjuangan kami adalah selari dengan Perlembagaan Persekutuan dan mengikut lunas undang-undang.

Sheikh Umar Bagharib Ali, Young Syefura Othman dan Shahredzan Johan

“Buktinya, DAP secara konsisten melibatkan diri dalam proses demokrasi dan pilihan raya negara. 

Advertisements

“Dengan ini, kami menyeru supaya jangan ada lagi pihak, sama ada kawan atau lawan, yang mempersoalkan asas perjuangan dan pendirian DAP selepas ini mengenai perkara-perkara asas dalam Perlembagaan,” katanya.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook pada Persidangan DAP 2023 semalam berkata, DAP akan sentiasa berpandukan pada Perlembagaan Persekutuan. 

Katanya, Melayu bukan musuh kepada DAP dan DAP juga bukan musuh kepada Melayu.

Mengulas lanjut kenyataan itu berkata, DAP sentiasa menjunjung, menghormati dan mempertahankan perkara-perkara asas dalam Perlembagaan Persekutuan. 

“Ini ditekankan lagi melalui resolusi yang telah diluluskan perwakilan pada persidangan parti yang mengukukuhkan komitmen parti seperti yang dinyatakan di dalam Deklarasi Shah Alam lebih sedekad lalu,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan