32.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Tujuh kenderaan terjejas akibat mendapan tanah

Mesti Baca

TUJUH kenderaan terjejas akibat mendapan tanah di kawasan tempat letak kenderaan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), Bandar Puchong, dalam kejadian petang semalam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, kejadian dilaporkan jam 6.46 petang itu, membabitkan enam van dan sebuah lori, masing-masing empat van Toyota Hiace, sebuah van Kindo dan Maxus serta sebuah lori satu tan.

Katanya, 10 anggota bersama tiga jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan.

“Sebaik tiba, kami mendapati terdapat mendapan tanah di tempat letak kenderaan terbabit membabitkan tujuh kenderaan terjejas.

Advertisements

“Bagaimanapun, kejadian tidak membabitkan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, pemantauan dilakukan oleh pasukan bertugas bagi memastikan kawasan terbabit benar-benar selamat.

“Kes kemudian diserahkan kepada MBSJ dan polis yang berada di lokasi kejadian untuk tindakan lanjut,” katanya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pelajar UPSI adakan program bakti bersama gelandangan

SEKUMPULAN pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengadakan program khidmat bakti bersama golongan gelandangan di Pusat Transit Gelandangan Kuala...

Lagi Artikel Berkaitan