28.2 C
Kuala Lumpur
Friday, May 10, 2024

Sunway Healthcare lancar Kempen ‘KNOW Diabetes’

Mesti Baca

SEMPENA Hari Penyakit Kencing Manis Dunia pada 14 November, Sunway Healthcare Group melancarkan kempen ‘KNOW Diabetes’ tahunan sebagai sokongan kepada usaha kerajaan dan Kementerian Kesihatan untuk mengekang penularan penyakit kencing manis.

Kempen interaktif digital yang memasuki tahun ketiga ini bertujuan mendekati lebih ramai rakyat Malaysia untuk menyebarkan pengetahuan kesihatan, atau celik kesihatan, dalam kalangan rakyat Malaysia.

Presiden Sunway Healthcare Group, Datuk Lau Beng Long berkata usaha bersungguh-sungguh kerajaan dalam membendung penularan penyakit diabetes terbukti dalam pembentangan Belanjawan 2024 baru-baru ini dengan cadangan untuk menaikkan duti eksais ke atas minuman manis (cukai gula) daripada 40 sen seliter kepada 50 sen seliter.

Beliau berkata, cukai yang dikutip pula akan disalurkan untuk merawat penyakit kencing manis dan memberi sokongan kepada pusat dialisis.

“Krisis penyakit diabetes tidak dapat dibendung jika semua rakyat Malaysia tidak bersatu hati dan bekerjasama.

Advertisements

“Kempen ‘KNOW Diabetes 2023’ Sunway Healthcare berhasrat untuk membawa rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat bersama-sama untuk membendung peningkatan diabetes dan menggalakkan gaya hidup yang lebih sihat dan bebas penyakit,” katanya dalam satu kenyataan.

Pakar Sunway Home Healthcare, Dr Ng Xun Jin dan Dr Ng Chin Nee juga akan menunjukkan kesan pilihan makanan yang sihat serta tidak sihat ke atas paras gula darah menggunakan monitor glukosa berterusan.

Orang ramai juga dijemput untuk mencadang makanan yang mereka ingin pantau pada monitor glukosa itu.

Pusat Perubatan Sunway juga akan menyediakan promosi pemeriksaan kesihatan kepada individu yang berisiko tinggi untuk mengekang beban emosi dan ekonomi yang disebabkan oleh penyakit diabetes kepada individu, keluarga, sistem penjagaan kesihatan dan negara. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Nambikkai seru pengundi Kuala Kubu Bharu undi PH

NAMBIKKAI Malaysia menyeru pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) untuk menyokong serta mengundi...

Lagi Artikel Berkaitan