25.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Banjir: KKDW setuju salur bantuan RM5,000 ‘one off’

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bersetuju menyalurkan bantuan RM5,000 secara ‘one off’ bagi setiap rumah yang mengalami kerosakan semasa banjir pada tahun 2021 dan 2022.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, peruntukan itu akan melibatkan sebanyak 5,100 buah rumah.

“Sebagai Menteri KKDW, saya melihat wujudnya keperluan untuk menambahbaik rumah mangsa banjir tahun 2021 di kawasan ini yang belum menerima sebarang bantuan.

“Justeru, saya bersetuju agar KKDW menyalurkan bantuan secara ‘one off’ bagi setiap rumah yang terlibat,”katanya.

Terdahulu, beliau menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Temerloh 2023.

Beliau turut berkesempatan mendengar dan mendapatkan output dari ‘ground zero’ bagi memastikan kesiapsiagaan sekiranya berlaku bencana banjir di kawasan tersebut termasuklah pelan pembangunan siapsiaga meliputi syor sehinggalah pelan pemulihan dan pengurangan risiko banjir jangka pendek dan jangka panjang.

Taklimat berkenaan telah disampaikan Pegawai Daerah Temerloh, Dato’ Khairur Rizal Ramli Pegawai Daerah Temerloh.

Advertisements

Hasil daripada taklimat tersebut, Ahmad Zahid berkata, beliau mengambil maklum mengenai isu kekurangan aset operasi di peringkat kampung dan mukim yang telah diutarakan.

“Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Bencana Pusat, saya bersetuju agar perolehan 14 buah bot berserta kelengkapan disegerakan bagi memenuhi keperluan penyelamatan dan mengangkut bekalan bantuan di kawasan yang terputus hubungan.

“Turut dibangkitkan mengenai tahap keselesaan mangsa banjir yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), isu penerima senarai bantuan wang ihsan, aspek penyelenggaraan infrastruktur keselamatan dan penyampaian maklumat yang lebih efektif kepada mereka yang berisiko serta terdedah kepada bencana banjir.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid juga mengumumkan peruntukan RM5 juta untuk pembinaan Dewan Tertutup di Pusat Pemindahan Kekal SMK Seberang Temerloh, bagi memenuhi keperluan penduduk yang terjejas banjir pada masa hadapan.

“Saya berharap agar usaha ini dapat memberi manfaat kepada seluruh masyarakat terdedah kepada bencana banjir di Daerah Temerloh ini.

“Saya juga berdoa agar penduduk di sini sentiasa dilindungi daripada musibah banjir yang boleh mengancam nyawa dan mendatangkan kerosakan harta benda. InsyaAllah,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan