29.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 29, 2022

Trafik KLK, LPT 1 dijangka alami penurunan – ANIH

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA– ANIH Berhad, pengendali Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1), menjangkakan jumlah trafik akan mengalami penurunan sepanjang tempoh musim perayaan Hari Raya Aidiladha bermula semalam hingga 25 Julai ini.

Pengarah Eksekutif ANIH Berhad, Datuk Nik Fauzi Nik Hussein berkata, jumlah trafik dijangka menurun di kedua-dua lebuhraya berkenaan berbanding jumlah purata harian, dengan masing-masing sebanyak 81.3 peratus bagi KLK dan 72.5 peratus bagi LPT 1.

Beliau berkata, meskipun aktiviti rentas negeri tidak dibenarkan ketika ini, pihaknya akan terus peka dalam memastikan operasi dan fasiliti di sepanjang lebuhraya berada dalam keadaan terbaik.

“Ini kerana adalah menjadi tanggungjawab syarikat untuk memastikan keselesaan pengguna ketika menggunakan KLK dan LPT 1.

“Kami akan terus memastikan semua kemudahan lebuhraya termasuk di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R), Hentian Sebelah dan perkhidmatan tol serta trafik berada dalam keadaan terbaik dan bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Baca juga:   Kerteh FC, kelab kerdil pasang impian besar

Menurutnya, bagi mengekang penularan wabak COVID-19, semua fasiliti di sepanjang KLK & LPT 1 turut mempraktikkan Prosedur Operasi Standard, (SOP) yang tinggi, sebagaimana ditetapkan oleh Kementerian Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Ia termasuk proses sanitasi berkala, serta penyediaan cecair pembasmi kuman, serta peralatan merekod butiran diri, dan alat pengimbas suhu badan.

Baca juga:   Gambar tular nasi dan kuah bukan makanan RMT - Radzi Jidin

“Oleh itu, pengguna lebuhraya disarankan untuk sentiasa mematuhi SOP ketika menggunakan fasiliti lebuhraya.

“Di dalam kita mensyukuri nikmat Hari Raya Aidiladha yang bakal tiba, jangan kita alpa untuk terus mematuhi SOP yang disarankan dalam usaha menghentikan rantaian wabak COVID-19.

“Tanggungjawab ini perlu dipikul bersama, dalam memastikan Pelan Pemulihan Negara dapat dijayakan sebaiknya,” katanya.

Untuk perjalanan yang lancar, pengguna dinasihat untuk memastikan baki kad dan e-Wallet Touch ‘n Go adalah mencukupi sebelum memasuki lebuhraya.

Bagi urusan tambah nilai, pengguna boleh ke kiosk layan diri (SSK) yang disediakan di R&R Genting Sempah dan Hentian Sebelah Gombak bagi KLK ; R&R Temerloh Timur, R&R Temerloh Barat serta Plaza Tol Gambang bagi LPT1.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai syarikat di laman sesawang ANIH Berhad atau menerusi Twitter @LPTTrafik dan Facebook Lebuhraya Pantai Timur.

Bagi bantuan kecemasan, pengguna disarankan untuk menghubungi talian 24 jam LPT Line di 1-700-818-700 atau 09-5479 111. – Edisi 9

Baca juga:   Ustaz Dusuki ingatkan Syed Saddiq jangan persenda agama

Wartawan

Terkini

Pemuda UMNO sokong ketegasan PM

PEMUDA UMNO menyokong penuh ketegasan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak mahu berlaku lagi kelulusan perolehan tanpa...

Lagi Artikel Berkaitan