29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Kelonggaran individu dua dos ditentukan minggu depan- PM

Mesti Baca

CYBERJAYA – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan akan memutuskan kelonggaran bagi individu yang lengkap dua dos vaksin pada Mesyuarat Majlis Pemulihan Negara (MPN) minggu depan.

Perdana Menteri berkata, keputusan akan mengambil kira kriteria-kriteria kelonggaran yang akan diberikan kepada kumpulan tersebut termasuk kemungkinan mempertimbangkan kebenaran merentas daerah.

“Ini kita akan selesaikan dalam mesyuarat kita minggu depan dan lepas itu kita akan umumkan kepada siapa yang sudah dapat dua, dos apakah kelonggaran yang akan diberikan agar mereka tidak terikat dengan keadaan sebegini begitu lama.

“Ini kerana mesti ada kebebasan dan kelebihan terutama untuk keluar walaupun tak rentas negeri, pertama pun rentas daerah dulu selepas itu untuk mereka berbelanja di kedai-kedai,” katanya.

bantuan rakyat
Muhyiddin Yassin

Beliau berkata demikian ketika melawat Pharmaniaga LifeScience Sdn Bhd (PLS), anak syarikat Pharmaniaga Bhd (Pharmaniaga), di Kuala Lumpur, hari ini, lapor Astro Awani. 

Hadir sama Pengarah Urusan Pharmaniaga, Datuk Zulkarnain Md Eusope.

Advertisements

Muhyiddin berkata, keputusan akan turut mengambil kira pembukaan sektor ekonomi, dengan syarat industri bersedia mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan tidak mempunyai kes Covid-19.

Beliau menjelaskan, premis berkenaan boleh dipertimbangkan untuk dibuka lebih awal dalam Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) sekiranya pengusaha menjalankan ujian saringan kepada pekerja sekurang-kurangnya seminggu sekali.

“Ini adalah langkah-langkah susulan dan bagi saya PPN ada lebih jelas dan telus kerana ada pihak yang tidak berapa yakin tetapi saya yakin dengan langkah vaksinasi yang lebih cepat dan cara kira menguruskan Covid-19 dan apa yang berkaitan dengan ekonomi dan sosial supaya ada kelonggaran sektor-sektor sosial.

“Tetapi penting rakyat tidak boleh ambil mudah dengan tidak patuh SOP. Penjarakan sosial masih penting, pakai pelitup muka perlu dan sanitasi tangan wajib.

“Kalau itu dipatuhi, saya percaya macam yang kita unjurkan sebelum akhir tahun, mungkin kita akan selesai. Masalah vaksinasi secara berperingkat dan keadaan kembali normal,” kata Perdana Menteri.

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan