24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

6 individu punca penularan COVID-19 masuk penjara

Mesti Baca

VIENTIANE – Gara-gara menularkan COVID-19, enam rakyat Laos dihukum penjara dan denda oleh Mahkamah Rakyat Vientiane baru-baru ini.

Memetik laporan Vientiane Times, mereka didapati bersalah melakukan kesalahan itu semasa membantu kemasukan pendatang tanpa izin ke negara berkenaan.

Mereka ialah Monemina Soutthida @ Tina, 25; Phavady Viphakone @ Touktik, 26; Phan Xayalath, 46; Phousai Sisavanh @ Teu, 34; Sonenaly Duangsavath @ Nina, 21 dan Sompasong Souliyavongsa, 24.

Tina dan Phousai dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun tujuh bulan dan 15 hari serta denda 27.5 juta kip (RM12,160) seorang kerana menyebarkan COVID-19 dan menyembunyikan pergerakan pendatang haram ke Laos.

Phavady dihukum penjara lima tahun sebulan dan 15 hari serta denda 52.5 juta kip (RM23,205) kerana menyebarkan virus, membantu individu masuk dan keluar Laos secara haram serta menyembunyikan pergerakan pendatang haram ke Laos.

Selain itu, Sonenaly dan Sompasong dikenakan hukuman penjara setahun tujuh bulan dan 15 hari serta denda 25 juta kip (RM11,050) seorang kerana menyembunyikan pergerakan pendatang haram ke Laos.

Phan pula dijatuhkan hukuman penjara 18 bulan dan denda 25 juta kip (RM11,050) kerana membantu individu masuk dan keluar dari Laos secara haram.

Advertisements

Mahkamah diberitahu bahawa Sompasong membawa dua individu warga Thailand masuk ke Laos secara haram menggunakan bot merentasi Sungai Mekong dari Thailand ke wilayah Savannakhet pada 6 April lalu, untuk bertemu Phavady, Sonenaly dan Phousai.

Pada hari sama, Phavady dan dua pendatang haram itu bergerak ke Vientiane untuk bertemu Tina dan dia disyaki menyebarkan virus itu kepada Tina ketika itu.

Mereka kemudian melawat beberapa kawasan hiburan di Vientiane dan mungkin bertanggungjawab menyebarkan COVID-19 di Laos.

Pada hari terakhir di Vientiane, Phavady dan dua pendatang haram itu mengupah Phan untuk membawa mereka dari daerah Pakngum ke Thailand dengan menaiki bot.

Phavady dan dua pendatang haram itu disahkan positif COVID-19 ketika mereka pulang ke Thailand, sebelum kembali ke Laos secara haram menerusi wilayah Nong Khai pada 16 April lalu.

Peningkatan kes jangkitan COVID-19 dikesan selepas kumpulan berkenaan berada di Vientiane, sekali gus menjadi penularan pandemik dalam komuniti yang pertama di Laos.

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan