Wednesday, July 22, 2026

Bot penumpang bawa lima ekor kerbau masuk Sarawak ditahan

Mesti Baca

SEBUAH bot penumpang ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Miri kerana membawa haiwan ternakan ke Sarawak, pagi tadi.

Bot tersebut ditahan di kedudukan 3.1 batu nautika selatan Tanjung Perapat disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 9 (1) dan (3) Ordinan Kesihatan Awam Veterinar (VPHO) 1999 kerana gagal mengemukakan permit pemindahan haiwan ternakan ke negeri ini.

Pengarah Zon Maritim Miri, Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar Saad berkata, bot penumpang itu ditahan kira-kira 10.45 pagi oleh bot ronda Maritim Malaysia di perairan Lawas.

“Hasil pemeriksaan dan penggeledahan mendapati, bot penumpang berkenaan dikendalikan oleh seorang tekong (Master) serta dua awak-awak yang kesemuanya warga tempatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, bot tersebut bersama kesemua kru diiring ke Jeti Pejabat Daerah Lawas sebelum diserahkan kepada Pegawai Jabatan Veterinar Sarawak untuk tindakan lanjut.

“Maritim Malaysia akan terus komited dalam menguatkuasakan undang-undang di Zon Maritim Malaysia dan tidak akan berkompromi ke atas mana-mana pesalah yang ingkar,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan