Thursday, July 23, 2026

Lebih 13,000 guna pemeriksaan imigresen kod QR MyTRIP

Mesti Baca

SERAMAI 13,846 pengguna telah menggunakan aplikasi kod QR MyTRIP untuk pemeriksaan imigresen di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Iskandar Puteri sejak diuji pelaksanaannya pada 1 Jun lalu.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, manakala seramai 117,000 pengguna pula telah memuat turun aplikasi tersebut.

Beliau berkata, ini menunjukkan pelaksanaan kaedah tersebut mendapat sambutan positif daripada pengguna khususnya mereka yang menggunakan pintu masuk ke Singapura tersebut.

“Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) kini dalam peringkat akhir memperkemaskan keperluan-keperluan aplikasi kod QR bagi memastikan kelancaran pelaksanaan ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sejak Sabtu lalu, JIM telah memulakan pemeriksaan imigresen menggunakan kod QR MyTRIP melalui aplikasi MySejahtera membabitkan pengguna motosikal dan bas.

Pelaksanaan sistem itu akan menjalani tempoh percubaan selama tiga bulan melalui pembuktian konsep (POC).

Bagi fasa awal pelaksanaan, kemudahan itu terbuka kepada warganegara Malaysia yang menggunakan pintu masuk CIQ KSAB di Iskandar Puteri, Johor melalui lorong bas dan motosikal.

Sementara itu, dalam fasa kedua, sistem itu akan diperluas kepada pengguna kenderaan persendirian, diikuti warga Singapura dan warganegara lain.

Beliau berkata, selain di CIQ KSAB proses pengujian yang sama sedang berjalan di laluan penumpang bas di CIQ Bangunan Sultan Iskandar (BSI).

“JIM kini dalam peringkat akhir memperkemaskan keperluan-keperluan aplikasi Kod QR bagi memastikan kelancaran pelaksanaan ini,” katanya.

Ruslin berkata, pelaksanaan pemeriksaan imigresen menggunakan Kod QR adalah dalam proses percubaan secara Proof of Concept (POC) untuk tempoh tiga bulan.

Dalam tempoh itu, katanya, penggunaan kod QR hanya melibatkan warganegara Malaysia yang menggunakan perkhidmatan bas dan motosikal di CIQ KSAB serta perkhidmatan bas di CIQ BSI.

“Jabatan Imigresen Malaysia sentiasa komited dalam memastikan pelaksanaan Kod QR di CIQ KSAB dan CIQ BSI adalah berjalan lancar bagi memudahkan pergerakan keluar dan masuk di pintu masuk sempadan Malaysia-Singapura,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan