26.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

PSM akui padang SNBJ belum bersedia sepenuhnya 

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERBADANAN Stadium Malaysia (PSM) padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) belum bersedia sepenuhnya kerana mempunyai tempoh masa yang terhad selama lapan bulan untuk menyiapkannya.

PSM menerusi kenyataan berkata, ini kerana standard tempoh masa penyediaan secara rapi rumput padang seharusya mengambil masa 12 bulan untuk keseluruhan proses siap sepenuhnya.

“Keadaan hujan sepanjang minggu lalu juga tidak membantu dalam penyediaan pertumbuhan padang baharu itu. 

“Di sebalik beberapa tompokan rumput yang tercabut, PSM berpuas hati dengan keupayaan sistem perparitan baharu dan kemajuan dalam padang tersebut,” katanya hari ini.

Advertisements

Terdahulu, permukaan padang SNBJ mendapat kritikan ramai apabila rumput yang baharu ditanam dilihat sering tercabut sehingga mengganggu perlawanan Pestabola Merdeka 2023 antara Malaysia dan India, malam tadi.

Mengulas mengenai rumput padang yang tercabut, PSM berkata pihaknya sedia maklum mengenai beberapa tompokan bertentangan tempat duduk utama (grandstand) yang kurang kukuh akibat pendedahan cahaya matahari yang lebih rendah di kawasan tersebut. 

“Namun, perkara ini tidak seharusnya berlaku. PSM telah menggunakan grow light bagi merangsang pertumbuhan rumput di sekitar kawasan tompokan itu. Ia tetap tidak sama dengan keupayaan sinaran matahari semula jadi.

“Walau bagaimanapun, PSM yakin perkara tersebut akan di atasi dan tompokan tertentu di padang SNBJ bakal pulih sepenuhnya menjelang Kelayakan Piala Dunia,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan