27.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Minta menteri guna kuasa, Wan Fayhsal digesa semak fakta

Mesti Baca

MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menggesa Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal rajin menyemak fakta sebelum mengeluarkan kenyataan politik.

Ini kerana, menurut Hannah, ada banyak sebab mengapa konsert Jelajah Dunia Jay Chao tidak boleh ditangguh atau dipindahkan.

Beliau berkata, selain tidak boleh menyalahgunakan kuasa seorang menteri, tiket konsert artis dari Taiwan sebanyak 45,000 itu juga sudah habis terjual.

Katanya, cadangan agar konsert yang dijadualkan pada 15 Januari ini diadakan di Axiata Arena juga tidak boleh dibuat memandangkan kapasiti stadium tertutup itu hanya mampu memuatkan 13,000 penonton.

“Nak keluarkan kenyataan politik, kena rajin check (semak) fakta dulu,” katanya membalas ciapan bekas Menteri Belia dan Sukan itu hari ini.

Sebelum itu, Wan Ahmad Fayhsal yang juga Ketua Armada Bersatu mahukan agar Hannah menggunakan kuasa dan budi bicara beliau sebagai seorang menteri bagi menyelesaikan isu penggunaan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

“Terima kasih Jay Chou! Inilah masanya Hannah Yeoh gunakan kuasa dan budi bicara menteri untuk dapatkan penyelesaian ‘menang-menang’ untuk semua pihak,” katanya.

Kelmarin, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memaklumkan bahawa pihaknya terpaksa mengosongkan 21,000 tempat duduk ekoran adanya pentas konsert Jay Chao di tepi pada di dalam stadium tersebut.

Advertisements

Ekoran itu, tiket bagi menyaksikan perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF antara Malaysia dan Thailand hanya disediakan sebanyak 59,000 keping sahaja.

Jumlah itu jauh lebih kecil berbanding lebih 64,000 peminat dan penyokong yang memenuhi SNBJ ketika aksi Malaysia menentang Singapura beberapa hari lalu.

Untuk rekod, ketika menjawat jawatan Timbalan Menteri Belia dan Sukan pada 2020, Wan Fayhsal pernah didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa jawatannya itu boleh digunakan untuk mengeluarkan “surat sokongan”.

Beliau ketika berkempen bagi merebut jawatan Ketua Armada Bersartu berkata demikian dalam satu dialog di sebuah restoran yang kemudian dipetik oleh media:

“… dan sebagai Timbalan Menteri dan insya-Allah Ketua Armada Nasional akan permudahkan, dengan bagaimana?

“Saya keluarkan surat sokongan, saya Timbalan Menteri sebagai Ketua Armada, saya akan buat salinan kepada Yang Amat Berhormat Tan Sri Perdana Menteri (ketika itu).

“Itu guna jawatan,” katanya diikuti tepukan gemuruh daripada kumpulan pendengarnya dipercayai anggota Armada seperti dilapor Malaysia Dateline.

Kenyataan beliau itu kemudian mendapat kecaman pelbagai pihak terutama pembangkang. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan