26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Lelaki maut kereta terbalik dalam parit

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki maut akibat lemas selepas kereta dipandunya terbabas dengan sebuah kenderaan lain sebelum terbalik dalam parit sedalam satu meter di Jalan Sabak Bernam-Sungai Besar, Kuala Selangor hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, mangsa berusia 30-an yang memandu Proton Preve terlibat kemalangan dengan sebuah Proton Saga dinaiki pasangan suami isteri berusia 30-an.

Bagaimanapun pasangan itu terselamat walaupun kenderaan mereka turut terbabas ke dalam parit yang sama.

Pengarah Bomba Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, berdasarkan maklumat awal mangsa dalam perjalanan ke Sungai Besar dari Sabak Bernam sebelum melanggar belakang Proton Saga dinaiki suami isteri itu.

Katanya, sepasukan lima anggota termasuk pegawai dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sabak Bernam yang menerima panggilan kecemasan pukul 4.01 petang bergegas ke lokasi kejadian.

“Pemeriksaan mendapati kedua-dua kereta termasuk satu yang terbalik itu berada dalam parit sedalam satu meter.

“Tiga mangsa termasuk sepasang suami isteri sudah dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan bomba,” katanya hari ini.

Norazam menambah, pemandu Preve itu bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan selepas terperangkap dalam kereta. – Edisi 9

Terkini

GiatMARA Bagan Datuk dinaik taraf jadi Institut Malaysia-China

PUSAT GiatMARA Bagan Datuk, Perak bakal dinaikkan taraf sebagai Institut Malaysia-China (MCI) yang akan memberi fokus dalam TVET bidang...

Lagi Artikel Berkaitan