25.4 C
Kuala Lumpur
Monday, December 4, 2023

Lelaki maut dibaham buaya ketika menangkap ketam

Mesti Baca

MAYAT seorang lelaki ditemui di tepi pantai berhampiran Pos ATM, Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu, pagi tadi, dipercayai dibaham buaya ketika sedang menangkap ketam tidak jauh dari situ.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Dr Rohan Shah Ahmad berkata mayat warga asing berusia 23 tahun dan bekerja di sebuah ladang kelapa sawit itu, ditemui dalam keadaan tertiarap jam 7.20 pagi.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada awal pagi ketika mangsa bersama tiga rakannya sedang menangkap ketam di kawasan laut Kampung Tinagian, Tanjung Labian.

“Ketiga-tiga rakannya melihat mangsa dibaham buaya dan tidak dapat berbuat apa-apa kerana kejadian berlaku terlalu pantas sebelum dia hilang dari kawasan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Rohan Shah berkata pemeriksaan awal ke atas mayat menemui kesan gigitan di lengan kiri dan kepala, selain calar di bahagian dada dan belakang leher serta punggung.

Katanya, anggota dari Balai Polis Kencana tiba di lokasi sebelum membawa mayat mangsa ke Jabatan Forensik, Hospital Lahad Datu bagi tujuan bedah siasat.

“Ini adalah kes yang pertama bagi tahun ini dan satu siasatan laporan mati mengejut dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu bersangkut dengan kejadian ini,” katanya.

Dr Rohan Shah menasihatkan orang ramai di daerah itu terutama yang menjalankan aktiviti di laut atau sungai supaya lebih berhati-hati. -Edisi 9

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini

Lantik Raja Affandi sebagai Ahli Dewan Negara – Shabery

KERAJAAN diminta mempertimbangkan cadangan melantik calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, Jeneral (B) Tan Sri...

Lagi Artikel Berkaitan