26.2 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Perbelanjaan pelancongan domestik melonjak RM59.2 bilion

Mesti Baca

PELANCONGAN domestik di Malaysia mencatatkan prestasi memberangsangkan pada 2022 apabila merekodkan lonjakan dalam jumlah perbelanjaan kepada RM59.2 bilion daripada RM17.5 bilion pada 2021.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) berkata, laporan itu adalah berdasarkan Akaun Satelit Pelancongan (ASP) yang dikeluarkan hari ini dan ASP adalah suatu kerangka statistik untuk mengukur perkembangan industri pelancongan serta sumbangannya kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata peningkatan perbelanjaan pelancongan domestik pada 2022 menunjukkan peningkatan ketara dalam tiga komponen utama iaitu membeli-belah sebanyak 42.1 peratus, makanan dan minuman 16.4 peratus dan bahan api kenderaan (14.9 peratus).

Bagi perbelanjaan pelancongan antarabangsa ia turut menunjukkan peningkatan signifikan iaitu sebanyak RM33.4 bilion berbanding RM500 juta pada 2021.

“Prestasi yang memberangsangkan itu adalah susulan pembukaan semula sempadan negara kepada pelancong antarabangsa pada 1 April 2022, penghapusan keperluan kuarantin dan ujian saringan Covid-19 ketika tiba di Malaysia mulai 1 Ogos 2022,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisements

Mohd Uzir berkata, perjalanan ke luar negara turut mencatatkan impak ketara dengan perbelanjaan sebanyak RM22.5 bilion pada 2022 berbanding RM10.5 bilion pada tahun sebelumnya, iaitu peningkatan sebanyak 114.6 peratus.

Bagi 2022, beliau berkata industri pelancongan menyumbang 23.4 peratus kepada keseluruhan guna tenaga dengan 3.61 juta orang bekerja berbanding 3.52 juta orang pada 2021.

“Daripada segi sumbangan sektor pelancongan kepada KDNK ia menyumbang 14 peratus atau RM251.5 bilion pada 2022 berbanding 12.8 peratus atau RM198.5 bilion pada tahun sebelumnya, dengan merekodkan pertumbuhan sebanyak 26.7 peratus.

“KDNK pelancongan langsung pada 2022 meningkat kepada RM47.9 bilion daripada RM11.6 bilion pada tahun sebelumnya,” katanya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan