Tuesday, July 21, 2026

KL antara destinasi penerbangan antarabangsa paling popular

Mesti Baca

KUALA Lumpur tersenarai antara lima ibu negara yang menjadi destinasi penerbangan antarabangsa paling popular di Asia tahun ini, menurut platform pelancongan digital Agoda.

Berdasarkan data tempahan Agoda tersebut, Kuala Lumpur berada dalam kelompok lima destinasi penerbangan antarabangsa popular bersama-sama Bangkok, Singapura dan Ho Chi Minh selain Seoul yang memecah dominasi Asia Tenggara.

Menurut Naib Presiden Kanan Pembekalan Agoda, Andrew Smith, terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada populariti bandar-bandar di Asia Tenggara.

“Bandar-bandar ini menampilkan lima metropolis sibuk dan sarat dengan budaya dan sejarah, latar kulinari yang menakjubkan dan kehidupan malam serba unik.

“Meskipun syarikat penerbangan memperluas lagi pilihan laluan dan jumlah penerbangan, saya tidak terkejut sekiranya destinasi-destinasi menakjubkan ini terus menjadi pilihan para pelancong pada masa akan datang,” katanya dalam kenyataan baru-baru ini.

Kuala Lumpur terus menjadi antara destinasi penerbangan antarabangsa paling popular.

Data tersebut adalah berdasarkan tempahan Agoda Flights yang dibuat antara 1 Januari sehingga 31 Jun tahun ini.

Smith berkata, berdasarkan dapatan itu juga menunjukkan para pelancong dari Malaysia memilih destinasi penerbangan ke Singapura, Bangkok, Jakarta selain Medan dan Ho Chi Minh.

Katanya, penilaian tersebut jelas menunjukkan keutamaan para pelancong untuk perjalanan jarak pendek di dalam Asia Tenggara, dengan kesemua lima destinasi tersebut terletak dalam kategori tersebut.

Sementara itu, berdasarkan destinasi penerbangan domestik, Kuala Lumpur menjadi destinasi paling popular diikuti oleh Pulau Pinang, Kota Kinabalu, Johor Bahru dan Kuching. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan