33.6 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Produktiviti pekerja di Malaysia meningkat suku ketiga – DOSM

Mesti Baca

PRODUKTIVITI buruh di Malaysia mencatatkan RM42.2 setiap jam bekerja pada suku ketiga 2023, sedikit pulih berbanding RM40.6 setiap jam pada suku kedua, susulan pertumbuhan ekonomi dan pekerjaan yang lebih kukuh.

Ia dikeluarkan menurut Statistik Produktiviti Buruh Malaysia, Suku Ketiga 2023 yang diterbitkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata produktiviti buruh seperti dinyatakan sebagai nilai ditambah bagi setiap pekerja meneruskan trend kenaikan iaitu peningkatan 0.6 peratus atau RM24,465 setiap pekerja berbanding RM23,408 setiap pekerja pada suku kedua tahun ini.

Beliau berkata, ekonomi Malaysia meningkat 3.3 peratus pada suku ketiga selepas mencatatkan pertumbuhan 2.9 peratus pada suku tahun sebelumnya, manakala jumlah bilangan pekerjaan meningkat kepada 16.3 juta orang daripada 16.1 juta orang pada suku kedua 2023.

Advertisements

“Produktiviti buruh Malaysia yang diukur dari segi nilai tambah setiap jam bekerja merosot 0.9 peratus pada suku ketiga 2023 dengan jumlah jam bekerja meningkat 4.2 peratus bagi merekodkan 9.4 bilion jam,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Uzir berkata, melihat kepada prestasi sektor bagi produktiviti buruh yang diukur sebagai nilai ditambah per jam bekerja, sektor pembinaan dan perkhidmatan memacu prestasi keseluruhan dengan mencatatkan kenaikan masing-masing sebanyak 5.2 peratus dan 0.1 peratus tahun ke tahun.

Beliau berkata, produktiviti buruh setiap jam bekerja bagi sektor perkhidmatan disumbangkan oleh pertumbuhan positif bagi lima subsektor utama iaitu pengangkutan dan penyimpanan (6.9 peratus), perdagangan borong dan runcit (3.2 peratus), perkhidmatan lain (2.5 peratus), maklumat dan komunikasi (1.4 peratus), serta hartanah dan perkhidmatan perniagaan (0.9 peratus). -Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Giliran calon PH tayang keputusan UPSR, SPM

SELEPAS calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut menayangkan sijil akademik pengajiannya, kini giliran calon Pakatan Harapan (PH) pula...

Lagi Artikel Berkaitan