25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 5, 2024

PM mahu teknologi AI diajar di institusi TVET

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan Institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) supaya mewujudkan pengajaran teknologi baharu termasuk kecerdasan buatan (AI).

Anwar berkata, institusi seharusnya digunakan sebaik mungkin dalam meneroka bidang baharu dariapda peruntukan berjumlah RM6.8 bilion yang disediakan kerajaan.

“Ini termasuk diwujudkan kursus berkaitan pengajaran dalam teknologi baharu seperti AI yang menuntut perubahan semua pihak terkait hatta bakal mendapat pendapatan yang lebih tinggi untuk belia terkait dengan TVET.

“Justeru, saya singgung agar Malaysia tidak boleh ketinggalan dalam bidang AI dan kerana itu dalam Belanjawan 2024 diumumkan fakulti AI pertama negara di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), katanya.

Advertisements

Beliau berkata demikian menerusi hantaran Facebook selepas menyampaikan Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri (MATEPM) bagi Pertandingan WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) dan WorldSkills Malaysia Pengajar (WSMP) di Shah Alam, hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, Malaysia tidak boleh ketinggalan disebabkan teknologi berubah dengan cepat dan pantas.

“Jadi ayuh semua bangkit dan terus maju bekerjasama dengan industri dalam mempertingkatkan kemahiran tinggi rakyat,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Jangan terjebak perjudian perhubungan cinta ekspres

Oleh DR NORSAFATUL AZNIN A. RAZAK DALAM era moden yang serba pantas ini, hubungan percintaan sering kali terbentuk dengan begitu...

Lagi Artikel Berkaitan