25.5 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Piala Asia B-23: Malaysia terlepas daripada ‘kumpulan maut’

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

TUGAS berat menanti anak buah Juan Torres Garrido dalam kejohanan Piala Asia 2024 Bawah 23 Tahun (B-23) apabila diundi bersama finalis edisi 2022, Uzbekistan dalam Kumpulan D.

Dalam undian yang diadakan hari ini, skuad Harimau Muda juga diundi bersama satu lagi wakil ASEAN, Vietnam yang mencipta rekod tanpa kalah dalam kempen kelayakan, baru-baru ini.

Melengkapkan kumpulan ada Kuwait yang dibimbing pengendali dari Portugal, Emílio Peixe yang mana mereka turut kental pada kempen kelayakan apabila merekodkan dua kemenangan dan satu seri.

Bagaimanapun, skuad muda negara juga kini telah diberikan nafas baharu selepas kempen kelayakan susulan pengunduran E. Elavarasan selaku ketua jurulatih.

Advertisements

Di bawah bimbingan Garrido yang merupakan peninjau bakat akademi La Masia di Barcelona, Harimau Muda ini kini dalam rangka persiapan dan mencipta keserasian sebelum terbang ke Qatar.

Sementara itu, pasukan jiran, Indonesia juga turut merasa bahang kejohanan setelah diundi dalam kumpulan sukar apabila diletakkan bersama-sama tuan rumah, Qatar, Australia dan Jordan dalam Kumpulan A.

Satu lagi wakil ASEAN, Thailand pula bakal menentang penyandang juara, Arab Saudi dalam Kumpulan C serta diletakkan bersama Tajikistan dan Iraq.

Kumpulan B pula dilihat sebagai ‘kumpulan maut’ apabila menempatkan pasukan handalan seperti Jepun, Korea Selatan, Emeriah Arab Bersatu (UAE) dan China. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan