26.2 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Malaysia dipilih sebagai Naib Pengerusi OIC-StatCom Ke-12

Mesti Baca

MALAYSIA melalui Jabatan Perangkaan (DOSM) dipilih sebagai Naib Pengerusi Suruhanjaya Perangkaan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke-12 (OIC-StatCom).

Ia adalah sebuah forum antara kerajaan yang amat penting dalam komuniti statistik global.

DOSM dalam satu kenyataan berkata, pencapaian itu adalah bukti dedikasi Malaysia untuk memajukan aktiviti statistik dan komitmennya terhadap kerjasama dan diplomasi antarabangsa.

Advertisements

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, pelantikan itu mencerminkan dedikasi DOSM yang tidak berbelah bahagi terhadap kerjasama antarabangsa dengan tujuan mempromosikan statistik rasmi dan berusaha ke arah matlamat Agenda 2030 iaitu “Leave No One Behind” (Tiada Siapa akan Ketinggalan).

Mohd Uzir mengetuai delegasi Malaysia di forum OIC-StatCom pada 3-4 Okt di Jeddah, Arab Saudi yang diadakan oleh OIC untuk meningkatkan keupayaan statistik melalui kerjasama global.

Forum itu menyaksikan perhimpunan pemimpin Pejabat Perangkaan Kebangsaan negara anggota, menekankan kepentingan berkongsi pengetahuan dan pembelajaran untuk menghasilkan data yang tepat serta boleh dipercayai untuk membuat keputusan termaklum. –Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan