25.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 29, 2023

Ahmad Farhan dilantik sebagai Naib Canselor baharu UPM

Mesti Baca

KEMENTERIAN Pendidikan Tinggi hari ini mengumumkan pelantikan Datuk Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah sebagai Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) yang baharu.

Pelantikan Ahmad Farhan, 56, yang juga bekas Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Sains Malaysia (USM) itu berkuat kuasa 2 Oktober 2023.

Beliau menggantikan Datuk Prof. Dr. Roslan Sulaiman yang tamat perkhidmatannya sebagai Naib Canselor UPM pada 31 Ogos lalu.

Ahmad Farhan memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Awam dari The Catholic University of America, Amerika Syarikat dan Ijazah Sarjana dalam bidang Pengangkutan dari Imperial College London, United Kingdom (UK).

Seterusnya beliau melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Kedoktoran dalam bidang Pengajian Pengangkutan di University College London, UK.

“Beliau telah memulakan kerjaya sebagai pensyarah di USM pada tahun 2004 dan pernah menyandang jawatan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) USM untuk tempoh tiga tahun bermula dari tahun 2017 hingga 2020.

“Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Institut Kajian Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dari tahun 2008 hingga 2011,” kata KPT dalam kenyataan.

Hasil kombinasi pengalaman pentadbiran di peringkat universiti awam dan agensi persekutuan, KPT yakin Ahmad Farhan dapat meletakkan UPM berada di landasan sebagai universiti penyelidikan yang memfokus kepada pertanian.

Kata KPT, beliau juga dilihat berkeupayaan untuk memacu UPM ke satu tanda aras baharu dalam ekosistem pendidikan tinggi khususnya bagi merealisasikan agenda sekuriti makanan negara. – Edisi 9

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini

Kumpulan nasyid Aeydan enggan dibayangi Rabbani

MENYEDARI mereka dilahirkan sebagai anak-anak Rabbani, ramai beranggapan kumpulan nasyid Aeydan bakal menyambung legasi kumpulan itu. Namun begitu, ia membuatkan...

Lagi Artikel Berkaitan