31.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Piala AFC: Terengganu FC kejutkan Central Coast Mariners

Mesti Baca

TERENGGANU FC membuat kejutan awal dalam Piala AFC apabila menundukkan juara Liga Australia, Central Coast Mariners (CCM) 1-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus malam ini.

Gol sendiri pertahanan CCM, Nathan Paull pada penghujung separuh masa pertama sudah cukup untuk memisahkan kedua-dua pasukan dalam aksi pertama berkenaan.

Lintangan mengelirukan yang dilakukan Nurillo Tukhtasinov dari sebelah kiri serta tekanan yang dilakukan oleh Ivan Mamut memaksa Paull menolak masuk bola ke gawang sendiri dalam waktu kecederaan sebelum ke bilik persalinan.

CCM hampir menyamakan kedudukan pada penghujung aksi tetapi tandukan Brian Kaltak sedikit tersasar di sebelah kiri gawang Terengganu sebelum ditolak keluar Alif Zakaria.

Berbekalkan semangat juang yang tinggi, aksi yang ditampilkan oleh anak-anak buah Tomislav Steinbrukner berjaya menyekat kemaraan juara Liga Australia 2022/2023 itu.

Advertisements

Tuan rumah hampir menambah jaringan apabila sepakan kencang Habib Haroon dari luar kotak penalti menggegarkan tiang gol CCM yang dikawal oleh Daniel Vukovic pada minit ke-75 permainan.

Dengan kemenangan itu, Terengganu kini menduduki tangga kedua Kumpulan G dan hanya dibezakan jumlah jaringan dengan pendahulu, Bali United, yang menewaskan Stallions 5-2 dalam satu lagi perlawanan.

Sebagai rekod, skuad Peteh itu layak ke pusingan 16 dalam penampilan terakhir mereka pada 2012.

Mereka seterusnya akan menghadapi menghadapi Bali United di gelanggang lawan pada 4 Oktober depan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan