27.5 C
Kuala Lumpur
Monday, March 20, 2023

Lelaki maut, motosikal terbakar selepas langgar lori

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar sebuah lori sebelum terbakar di kilometer (KM) 425.3, Lebuh Raya Utara Selatan, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 8.08 pagi tadi.

Katanya, seramai enam anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setiba dilokasi, didapati sebuah motosikal jenis Demak yang ditunggang lelaki dikenali Mohd Hafiz Mohd Sayuthi berusia 39 tahun terbakar 50 peratus.

“Kenderaan itu terbakar selepas melanggar bahagian belakang sebuah lori yang diletakkan di tepi jalan laluan kecemasan di lokasi berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Hafisham, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Baca juga:   Pergerakan tanah, runtuhan kecil dikesan

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak KKM untuk tindakan lanjut,” katanya.- Edisi 9

Wartawan

Terkini

BERSIH bidas lantikan politik Pengerusi GLC

GABUNGAN Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) membidas dua perlantikan jawatan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) seperti yang diumumkan Timbalan...

Lagi Artikel Berkaitan