26.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 22, 2023

Kerajaan tangguh kelulusan pekerja asing mulai hari ini

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN memutuskan untuk menangguhkan permohonan dan kelulusan kuota pekerja asing bermula hari ini setelah sebanyak 995,396 kuota sudah diluluskan setakat 14 Mac lalu.

Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar berkata, ini termasuk penangguhan melalui Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Menurutnya, keputusan itu bagi memastikan bahawa majikan yang telah diberikan kelulusan kuota akan mula membuat perancangan bagi kemasukan segera pekerja asing yang diperlukan.

“Saya menggesa semua majikan yang telah diluluskan kuota pekerja asing untuk menyegerakan proses kemasukan pekerja dalam tempoh masa ini.

“Tambahan pula, jumlah kemasukan pekerja asing adalah masih rendah berbanding jumlah kuota yang telah diluluskan oleh kementerian ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sivakumar berkata, setakat 14 Mac lalu, pihaknya meluluskan sebanyak 995,396 kuota penggajian pekerja asing bagi sektor berkaitan.

Baca juga:   Perlaksanaan gaji minimum majikan kurang 5 pekerja ditangguh

Menurutnya, jumlah itu meliputi sektor pembinaan (342,106); perkhidmatan (143,568); perkilangan (387,122); perladangan (76,325); perlombongan dan pengkuarian (376); dan pertanian (45,899).

“Jumlah kelulusan kuota ini mengambil kira permohonan kuota pekerja asing yang diproses secara biasa dan menerusi Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing yang merangkumi lima sektor kritikal iaitu perkilangan, pembinaan, perladangan, pertanian dan perkhidmatan (restoran sahaja).

“Kelulusan kuota pekerja asing setakat ini dijangka dapat memenuhi keperluan guna tenaga asing oleh industri termasuk di sektor kritikal,” katanya.

Baca juga:   MAFI perlu teruskan jihad perangi orang tengah

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Kejar pahala, jangan siakan dengan pembaziran – Agong

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihati umat Islam agar mengejar pahala bulan Ramadan serta tidak mensia-siakan bulan...

Lagi Artikel Berkaitan