27.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Dakwaan pelajar tidak terima elaun sedang diteliti – PM

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Sumber Manusia (KSM) sedang meneliti laporan berhubung dakwaan terdapat pelajar yang menjalani latihan industri tidak menerima elaun.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau belum menerima laporan lengkap berhubung perkara tersebut dan menunggu untuk diserahkan kepadanya.

“(Laporan itu) sudah dibawa. KSM sudah ambil. Sekarang ini sudah diangkat dan saya tunggu laporan,” katanya selepas merasmikan Seminar Fikrah Siddiq Fadzil di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan berhubung dakwaan terdapat pelajar pelatih yang menjalani latihan industri di kementerian, agensi atau jabatan kerajaan serta syarikat swasta, tidak dibayar elaun.

Advertisements

Sebuah akhbar melaporkan semalam mengenai sebilangan besar pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang menjalani latihan industri di negara ini ibarat buruh paksa apabila tidak dibayar elaun atau wang saguhati daripada pihak majikan.

Oleh kerana kos sara hidup yang makin tinggi, ada dalam kalangan mereka terpaksa merisikokan nyawa dengan melakukan kerja sambilan sebagai penghantar makanan dan sebagainya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan akan meneliti sebarang cadangan bagi mewujudkan sebuah akta khas bagi melindungi kebajikan pelajar pelatih. 

“Insya-Allah bila kertas (cadangan) itu sampai kepada Kementerian Kewangan dan kepada saya, saya akan ambil tindakan yang wajar,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan