27.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 21, 2023

Anwar timang cucu ke-13

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima orang baharu dalam keluarganya susulan kelahiran cucu ke-13 pemimpin nombor satu negara itu.

Khabar gembira tersebut dikongsikan Anwar menerusi Facebook hari ini yang memaklumkan cucu beliau merupakan cahaya mata keempat pasangan anak keduanya, Nurul Nuha dan pasangan.

“Syukur ke hadrat Ilahi tatkala saya dan (Datuk Seri Wan) Azizah (Wan Ismail) hari ini menerima kehadiran cucunda ke-13. Alhamdulillah.

“Tahniah anakanda Nuha dan Khairul,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Perdana Menteri pada 12 April lalu turut menimang cucu ke-12 daripada anakandanya yang ke-4, Nurul Ilham Anwar. – Edisi 9

Terkini

Aisha Retno luah rasa melalui Ternoktah

PENYANYI dan pengubah lagu Aishah Retno kembali memukau peminat dengan karya terbaharunya yang sarat dengan emosi dan makna mendalam. Selepas beberapa lagu yang...

Lagi Artikel Berkaitan